SMART RIZQI · 14 SEPTEMBER 2026
Notis ini menerangkan penggunaan maklumat apabila anda melawat smartrizqi.my atau menghantar pertanyaan kepada SmartRizqi.
Borang meminta nama, emel dan penerangan keperluan; nombor telefon dan nama perniagaan adalah pilihan. Maklumat digunakan untuk menjawab pertanyaan, menyediakan skop dan mengurus perbincangan projek. Jangan masukkan kata laluan, nombor kad pembayaran atau data pelanggan yang sensitif.
Laman merekod aktiviti seperti paparan halaman, klik dan penghantaran borang bersama sumber rujukan atau parameter kempen apabila tersedia. Maklumat ini membantu memahami halaman yang membawa pertanyaan. Klik tidak dianggap sebagai bayaran. Borang ini tidak mendaftarkan anda untuk mesej promosi.
Maklumat diproses dalam sistem operasi yang digunakan oleh SmartRizqi dan penyedia infrastruktur yang diperlukan untuk mengendalikan laman, rekod pertanyaan serta email. Akses adalah untuk pengendalian permintaan dan operasi berkaitan. Sebarang sambungan akaun projek akan dibincangkan secara berasingan.
Hubungi admin@smartrizqi.my jika anda mahu mendapatkan penjelasan, membetulkan butiran atau meminta pemadaman rekod pertanyaan. Kami akan menyemak permintaan serta sebarang keperluan penyimpanan yang berkaitan sebelum mengambil tindakan.
Hubungi SmartRizqi